Posts filed under 'AKU SEBAGAI SASTERAWAN KECIL'
Kembara Semusim
Kita pengembara semusim,
Bekas pasir bertabur debu,
Jejak-jejak awan kelabu.
Kita pedagang getir usang,
Hilang sekejap di ufuk mentari,
Dan waktu terang malap bintang.
Kita saudagar miskin hina,
Lena diselimut segunung istana,
Tidur beralas papan cendana.
|
Emil Azhar,
National University of Ireland, Galway.
Add comment September 13, 2009
Suara Si Rama-rama
salam. sajak ini kutulis sewaktu di MRSM Taiping dahulu. asalnya sajak ini dalam bahasa inggeris berjudul “Butterflies’ Voice” ada dalam ruangan Antologi Puisi Indera Episod 2 di blog ini. bila dialihbahasakan, sajak ini kelihatan sedikit pelik tetapi menarik…
Suara Si Rama-rama
Sewaktu lembut sayap rama-rama hinggap di kelopak mawar,
coraknya bergemerlapan di antara cemerlang cahaya embun,
menarik penyaksian indera
memantulkan gerimis keajaiban.
Melihat telus akal hati,
pesona si rama-rama menyelit di celah-celah merah dan gelap.
Selubung kesedihan di sebalik litupan rupa,
guguran air mata menjerit hening.
Kecantikan dan kecerahan tumpah,
tatkala kesempitan menerjah
menari dengan cermat
bersama kilatan pencak
dan sinaran menghias singgahsana.
Metamorfosis melukiskan
perjalanan singkat
selagaknya perhentian
pelabuhan menuju destinasi baru,
yang berdiri
selamanya.
Emil Azhar,
National University of Ireland.
Add comment Januari 13, 2009
hantar karya ke DBP Utara
Petikan Utusan Malaysia
BUKIT MERTAJAM 6 Dis. – Penulis muda di kawasan utara Semenanjung
Malaysia dipelawa menghantar hasil karya mereka kepada Dewan Bahasa
dan Pustaka (DBP) Wilayah Utara untuk diterbitkan dalam majalah
Jendela Utara, kata Pengarah DBP Wilayah Utara, Arshad Rawian.
Bercakap kepada pemberita selepas majlis penutup Perkampungan Penulis
Muda Negeri Perak anjuran Jabatan Pelajaran Negeri Perak (JPNP) dan
DBP di Chalet Ayer Panas dekat sini, beliau berkata, majalah terbitan
berkala itu menyediakan medan khusus untuk penulis muda berkarya.
Mereka yang berminat boleh menghantar karya mereka ke alamat Jendela
Utara, DBP Wilayah Utara, No 31, Lorong PS 2, Bandar Perda, Bukit
Mertajam 14000, Pulau Pinang.
Add comment Disember 7, 2008
| Previous Posts |