Posts filed under 'AKU SEBAGAI DUTA KECIL'




Kembara di bumi Andalusia, SEPANYOL

Valencia


Tempat yang paling menarik untuk dilawati ialah tidak lain tidak bukan Oceanographic.

Oceonographic menampilkan haiwan-haiwan akuatik dari benua yang berbeza, termasuklah dari benua Artik dan Antartika. Tidak ketinggalan Bermuda, tropika dan lain-lain.

Paling menakjubkan, pengunjung dapat menyaksikan persembahan haiwan seperti singa laut dan dolphin. Tidak ketinggalan haiwan-haiwan seperti penguin, kuda laut, penyu, tapak sulaiman, ketam gergasi, ikan paus, Belunga (sejenis ikan paus) dan juga haiwan ganas seperti ikan jerung juga terdapat di sini.

Rata-rata pengunjung juga tidak dapat melupakan gerak-geri obor-obor yang begitu lemah-gemalai dan mempesonakan. walapun hanya dapat melihat menerusi dinding kaca, namun, pengalaman tersebut tidak dapat dilupakan.

Granada

“langit cerah di Granada, tidak secerah kemilau ungu di Alhambara”

hpnx0336

Tempat paling menarik untuk dilawati di Garanada tentulah Alhambra. Granada ialah salah satu Wilayah Andalusia di selatan Sepanyol selain Malaga, Cordoba, dan Sevilla.

Alhambra ialah sebuah istana lama milik kerajaan Islam sewaktu kerajaan Turki Uthmaniyah masih berkuasa di Sepanyol.

Senibina di sini sangat mengagumkan. ukiran kalimah Allah jelas di dindingnya dan masih terpelihara. waaupun cuaca di Sepanyol panas, kawasan dalaman Alhambra sangat dingin dan menyejukkan. hal yang demikian mungkin disebabkan oleh binaannya yang terdiri kebanyakannya daripada batu marmar.


Malaga


Di Malaga, kami melawat pantai. Mulanya, keinginan di hati meronta-ronta untuk mandi-manda. setibanya kami di sana, kami berasa hairan kenapa mat-mat salleh di sana semuanya berjemur sahaja di pantai tanpa mahu menyentuh gigi air.

sebaik sahaja kami mencecahkan kaki ke dalam air, kejutan menyapa kami laksana satu renjatan arus elektrik. rupa-rupanya, walaupun suhu persekitaran panas (lebih kurang 30 darjah celcius), air laut tetap sejuk. (SESIAPA YANG BELAJAR SAINS (TERUTAMANYA SUBJEK FIZIK) , SILALAH TERANGKAN KENAPA AIR KEKAL SEJUK WALAUPUN SUHU SEKITAR PANAS- aku juga belajar dahulu tapi malas nak terangkan di sini, sendiri mahu jawablah!).

pantai di sini tidaklah secantik mana jika dibandingkan dengan pesisiran pantai di Malaysia (Batu Feringghi; misalnya). pasirnya tidak halus dan tidak seputih yang disangka. tak percaya? datanglah sendiri ke sini.

Cordova

hpnx0293

hpnx0230

jika singgah di Cordova, jangan lupa untuk melawat Mezquita, sebuah masjid yang ditukarkan kepada gereja sewaktu penjajahan Kristian di Sepanyol.

amat menyedihkan sekali. masjid yang pada awalnya dihiasi dengan kalimah Allah dan Muhammad, dirobohkan dan digantikan dengan lambang salib, patung Jesus, Mary dan paderi-paderi yang dianggap terulung.

sisa-sisa runtuhan dipamerkan dalam bongkah-bongkah kaca untuk tatapan pengunjung. ada antaranya bertulis kalimah suci. rasa sayu menyapa hati kami kerana kami memahami maknanya. selebihnya, riuh tawa kedengaran di sana sini. seolah-olah bangunan ini hanyalah pameran untuk lawak jenaka semata-mata.

Seville


akhir sekali, Seville. anda mahu melihat kekejaman terhadap haiwan? datanglah ke sini. panggil sekali Ahli kelab alam sekitar. biar masing-masing menganga.

biasa digelar matador, lembu-lembu yang gila dibawa ke tengah gelanggang. masing-masing diacah dengan kain rentang berwarna merah jambu sebelum ditusuk dengan lembing tajam. akhirnya, lembu-lembu tersebut dibunuh dan diarak ke sekitar padang.

kejam bukan? tapi itulah hakikatnya.

aku juga mengambil kesempatan untuk bersiar-siar di atas kapal di sungai di sana. rupa-rupanya setiap jambatan di sana ada kisah yang tersendiri. salah satunya ialah Jambatan Isabella II yang dapat disamakan dengan jambatan di Venice, Itali. ada satu jambatan yang lain yang diiktiraf dalam Guinness World Book of Records. tapi tak cakap pula sebab apa. geram betul!

Add comment Disember 17, 2008

Pages

Categories

Links

Meta

Calendar

Disember 2009
I S R K J S A
« Okt    
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Posts by Month

Posts by Category