Archive for September, 2009




Kembara Semusim

Kita pengembara semusim,

Bekas pasir bertabur debu,

Jejak-jejak awan kelabu.

Kita pedagang getir usang,

Hilang sekejap di ufuk mentari,

Dan waktu terang malap bintang.

Kita saudagar miskin hina,

Lena diselimut segunung istana,

Tidur beralas papan cendana.

Katakanlah: “Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah), yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.”
(Al-Jumu’ah [62]:8)

Emil Azhar,

National University of Ireland, Galway.

Add comment September 13, 2009

Kucing I

seriously, this poem is not mine. but i just love it!

Kucing I

Yang kamu suka,
adalah kucing-kucing montel
mata bercahaya dan bulu bersih gebu
mengiau manja menggesel-gesel di kaki
atau bergaya dalam potret dengan mata bening separuh kuyu
ekor kontot menggodek-godek lucu
atau merenung tajam dengan postur anggun
seorang tuan yang aristokrat
mungkin filsuf, mungkin penyair sejuta ayat.

Yang kamu memang nampak
(tapi tidak mahu percaya
atau tidak mahu ambil kira, kerana tidak suka?)
adalah kucing-kucing kurus
berkeliaran di kaki lima dan belakang pasar
mengutip sisa-sisa makanan di celah-celah kaki orang
sambil sesekali mengeluh sakit ditendang
bulu yang entah apa warnanya, berpalit debu
tentu sekali disarangi kutu
parut-parut luka, bekas bercakaran
atau anjing biadab yang melutu
telinga yang dihurung lalat, tidak pernah mengerti puisi
walau sebaris ayat
apatah lagi mendengar hormat
seperti makhluk yang punya darjat.

Utopia yang kamu mau, tak akan tiba
dengan memuja kucing-kucing manja
kucing gelandangan itu jelik
kejelikan itu menjadikan mereka lebih nyata
lebih hampir dengan manusia.


-adibah abdullah-
fairfield general hospital,
9.15 pm

Add comment September 3, 2009

Pages

Categories

Links

Meta

Calendar

September 2009
I S R K J S A
« Ogo   Okt »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930  

Posts by Month

Posts by Category