11 Perkara Aku Mesti Buat Sebelum Aku Mati

Ogos 19, 2009 emilputra

1. Menyiapkan sekurang-kurangnya 2 buah buku:

(i) Buku research (bersifat akademik)

(ii) Buku tulisan yang lain yang bukan bersifat akademik. Besar kemungkinan sebuah novel.

2. Menguasai sekurang-kurangnya 3 bahasa di dunia termasuk Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan 1 bahasa utama yang lain, misalnya salah satu dari bahasa-bahasa di bawah:

(i) Bahasa Arab (mesti dikuasai)

(ii) Bahasa Perancis (pilihan)

(iii) Bahasa Jepun (pilihan)

Lebih baik sekiranya aku dapat menguasai 5 bahasa termasuk bahasa-bahasa di atas.

3. Mengunjungi sekurang-kurangnya satu destinasi impian (selain Malaysia dan negara-negara serantau, Makkah dan Madinah).

4. Menamatkan pengajian sekurang-kurangnya sampai ke tahap specialist dalam bidang perubatan dan menjadi seorang pakar bedah otak yang berjaya.

5. Membawa mak dan abah makan di restoran berpusing. Pilihan utama tentulah Restoran Berputar Seri Angkasa di Menara Kuala Lumpur. Pilihan alternatif ialah Restoran Berputar di Menara Alor Setar.

6. Mengerjakan haji dan umrah. Umrah nak bawa mak dan abah bersama.

7. Menghafal Al-Quran dan mempraktikkan bacaannya dalam solat. Lebih baik sekiranya aku mahir membaca Al-Quran dengan bacaan bertaranum yang betul.

8. Mahir memasak seperti mak dan melakukan kerja-kerja rumah seperti menjahit, membasuh pakaian, menghias dan mengemas rumah tanpa menyusahkan isteri.

9. Membawa mak dan abah serta keluarga bercuti ke luar negara. Destinasi yang mesti dilawati ialah Galway, Ireland.

10. Memiliki sekurang-kurangnya 3 buah rumah dan 2 buah kereta termasuk sebuah rumah dan sebuah kereta untuk mak dan abah.

11. Mahir bermain sekurang-kurangnya satu alat muzik dan mencipta sekurang-kurangnya sebuah lagu beserta lirik. Lebih baik kalau dapat siapkan satu album demo.

=)

Entry Filed under: Catatan Rahsia

Leave a Comment

Required

Required, hidden



Some HTML allowed:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <pre> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Trackback this post  |  Subscribe to comments via RSS Feed

Pages

Categories

Calendar

Ogos 2009
I S R K J S A
« Jun   Sep »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  

Most Recent Posts