Srikandi Tanah Tersumpah
Januari 12, 2009
emilputra
salam. nampak gayanya kebelakangan ini saya amat meminati karya dari adibah abdullah. sajak beliau begitu matang dan bergaya. mungkin saudari adibah boleh berkongsi sedikit petua. kalau tidak di blog ini pun, di GKLN barangkali?
Srikandi Tanah Tersumpah
Tidak semudah itu,
mengucapkan selamat jalan
anak-anak mengejar kereta kebal
batu di tangan
tahu yang pulang nanti,
mungkin kaki sepuntung
atau jari sejengkal.
Tidak lebih mudah,
mengucup tangan dingin suami
yang baru semalam
memateri akad merasmikan nikah
hari ini, tangan itu di bumi
kaku memegang picu senapang
tangan itu di langit, menjadi rebutan
bidadari bermata jeli
cemburu, cemburu.
Apabila sampai giliran
untuk melambai-lambaikan tangan
kepada rumah kosong yang tinggal
berlari-lari para srikandi
menghunjam laknat untuk Yahudi
menebus maruah
di tanah suci yang tersumpah
sepasang mata yang nampak
berapi-api dengan air mata dan cinta
“…aku menunggu celaka-celaka itu
menghantar aku ke syurga!”
adibah abdullah
th 17 F
5.17 p.m.
“The role of women in jihad is to encourage their sons and husbands to participate. But women also have the right to wage jihad,” Rasha Rantisi
Let those who seek the life of the Next World in exchange for the life of this world fight in the Way of Allah. We shall grant a mighty reward to whoever fights in the way of Allah, whether he is slain or comes out victorious. [An-Nisa', 4:74]
Entry Filed under: Puisi Pilihan
1 Comment Add your own
Leave a Comment
Some HTML allowed:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <pre> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>
Trackback this post | Subscribe to comments via RSS Feed
1.
emilputra | Januari 12, 2009 at 3:58 pm
pandangan adibah tentang puisi:
Salam.
Heh, ada pulak takut. Kalau tak ada orang kritik, alamatnya tak improve la.
Saya menulis puisi dengan prinsip bahawa puisi harus punya ‘roh’, punya gist yang kuat untuk dihayati oleh pembaca. Puisi sama sekali bukanlah sekadar lontaran-lontaran imej, baris-baris ayat yang tentu sahaja dimaksudkan supaya berkait, tetapi tidak nampak bertaut. Dari satu baris ke baris, puisi harus bergerak dengan alunan yang licin, anggun dan megah, (smooth dan graceful, dignified) membawa pembaca melihat, mendengar, dan merasai kisah yang disampaikan. Puisi bagi saya adalah pementasan dalam bentuk jalinan kata yang ekonomis, cerita tanpa ayat atau perenggan, falsafah tanpa penjelasan.
Mungkin penglibatan saya dalam mengarang karya fiksi dan latar belakang teatrikal yang kaya dengan penceritaan dan jalinan motif sejak sekian lama menyebabkan saya berpandangan demikian. Ini pandangan saya tentang puisi yang saya senangi dan saya selesa karang, bukan fatwa tentang halal wa haram dalam puisi. Hehe.
Lontaran-lontaran imej/imejan/ idea yang tidak serasi (atau mungkin bertaut, tetapi tidak menampakkan ’sebab’ untuk transition atau peralihan yang licin dari satu baris ke baris yang lain, dari satu stanza ke stanza yang lain), bagi saya, membantutkan aliran penghayatan, dengan istilah yang selalu saya ketemu dalam ulasan puisi di sini, ‘terlompat-lompat’ . Namun begitu penyair harus sedar, puisi dan prosa lirik (seperti yang pernah disebutkan lama, lama dahulu dalam milis ini juga) adalah berbeza. Prosa lirik seperti ayat-ayat panjang yang hanya dipisah-pisahkan oleh baris, hampir tidak ada bezanya kalau baris-baris itu dicantumkan sahaja membentuk satu ayat panjang. Nilai puitisnya juga kurang.
Memang adalah satu cabaran untuk membentuk jalinan baris yang rapi, seperti batu-bata yang tersusun cantik membina dinding-dinding yang akhirnya bersatu membentuk istana, yang mana setiap bahagian mampu berdiri sendiri tetapi tetap menjadi sebahagian daripada induk. Saya sendiri selalu tergelincir ‘mencampakkan’ baris (atau baris-baris) yang bunyinya puitis, tetapi apabila dikaitkan dengan baris pendahulu atau baris penyusul, seperti tidak nampak transisi yang lincir. Sudahnya puisi menjadi seperti lambakan imej/imejan. Cantik boleh saja tetap cantik, tetapi wehdahnya pincang.
Puisi yang abstrak, ganjil atau eksperimental pun, apabila tepat transisi dan kombinasinya, tetap akan kelihatan harmoni dan punya nilai susastera.
Fahd Razy, ya saya perasan ‘kosong’ itu memang lewah, dan benar, saya tidak perasan. Begitu juga dengan baris tentang lautan tu. Agak overkill. Telah saya edit, dan ada baris yang saya gunting-tampalkan sambil ditokok-tokok mana yang patut. Tentang media? Tunggulah, kalau ada karya saya yang dikira-kira dapat memikat hati editor (dan punya ‘nilai komersial’, jengkel sedikit saya menyebutnya! ), insyaAllah tembuslah media nanti. Ilham menulis ni bukannya dengar kata sangat, nak keluar, dia keluar saja. Hehe.
Irfan, perulangan ‘gelepar’ itu memang disengajakan. Ya, mungkin istilah ‘penegasan’ yang anda gunakan relevan dalam konteks ini, walaupun saya lebih gemar menggunakan terma ‘kesan emosi’ dan to a certain extent, ‘kesan teatrikal’, dalam puisi.. Kalau anda perasan, kebanyakan puisi saya boleh dideklamasikan, dan kesan-kesan seumpama itu akan lebih ketara impaknya apabila dilontarkan oleh deklamator. Fahd Razy juga memberi komen bahawa puisi-puisi saya cenderung bersifat deskriptif dan bernada hiperbolik.
Tentang ‘melonjak, menjulang, terbang’ tu… hm, ketiga-tiga kata itu tak sama maksudnya Irfan. Kalau diambilkira teori sastera, itu namanya ‘klimaks’. Peningkatan tangga demi tangga, seperti ’satu, sepuluh, sejuta’. Dalam Bahasa Inggerisnya ‘leap, soar, fly’. Melonjak itu seperti melompat, kemudian menjulang itu meluncur tinggi ke atas, lantas terbang….
Terima kasih atas komentar. Sudi-sudilah mengkritik karya-karya saya dan komentar-komentar saya, masih terlalu banyak yang perlu dipelajari dan dibaiki.
-adibah abdullah-
http://ummuhurayrah .blogspot. com/