Archive for Jun, 2008
Reunion MO5A 1
salam. ini reunion kecil untuk budak-budak kelas aku masa kat kmb dulu di dublin.
lepas ni, aku ada reunion kelas 401/501 mrsm taiping pula. aku harap dapat buat yang lebih gempak dari ini.
selamat menonton.
Add comment Jun 4, 2008
Reunion kelas 401/501
lama rasanya tak bertemu dengan ahli kelas MRSM Taiping. khabarnya ramai yang sudah tiada dalam negara. patutlah lama tak mendengar khabar. rupa-rupanya sudah ramai yang berhujan emaskan negeri orang. tidak ketinggalan rakan-rakan di negara sendiri yang sibuk menempuhi alam univeristi. sibuk dengan kuliah, tugasan, dan peperiksaan.
reunion kali ini tentu menarik. selain dapat berjumpa ramai rakan sekelas dari pelbagai negara, dapat juga mengetahui perkembangan terbaru mereka.
dengar-dengar cerita, ramai juga rakan-rakan yang sudah bertunang. tidak kurang juga yang sibuk merancang ke gerbang perkahwinan. ada antara mereka yang sekolej, ada juga yang seMRSM, ada juga yang sekelas. Siapa? kita tunggu dan lihat sama ada mereka mahu mengaku ataupun tidak. =)
Add comment Jun 1, 2008
salam perantauan
lama rasanya tak tulis diari. kawan-kawan lain di ireland kebanyakannya dah balik. aku masih di sini. mereka semua dah berlingkar di rumah. aku masih lagi di sini (dengan kerja yang tak siap-siap). hai! bila lagi nak rasa kepanasan negeri sendiri? jemu rasanya berumah di sini lama-lama.
Add comment Jun 1, 2008