Archive for Mei, 2008




Di Bayang Awan – Awie

Di awan ku lihat bayang
pergolakan di bumi
menjadi titisan darah
dan membasahi malamku ini.

Bukan aku nak bersembunyi
dari luruh warnamu
hanya ingin sekadar simpati
pada seksa ciptaan azali.

c/o: Aku rela diri dibasahi
andainya warnamu suci
aku gentar diri disumpahi
dari bebanan kesilapanku.

ulang c/o

bridge 1:
mestikah aku berlindung
dari kebasahanmu?
ataupun kau merelakan
aku tunduk dan hanya bersyukur?

ulang c/o 2x

ulang bridge 1

bridge 2:
kini aku pandang di awan
bayang-bayang menghilang
darah pekat menukar warnanya
menjadi rahsia kudamba.

menjadi rahsia ku damba 4x

Add comment Mei 28, 2008

Sonata Cinta Rasul

Cintanya Hawa pada Adam, moyangku;

bekurun lamanya terpisah,

di Bukit Tursina bertemu,

menganyam susur galur kisah.

 

Kasihnya Hajar pada Ibrahim, datukku;

demi restu-Nya rela berserah,

antara Safwa dan Marwah berlari memijak kerikil batu,

menyemai tamadun kota Mekah.

 

Sayangnya Khadijah pada Muhammad, bapaku;

demi tertegaknya panji Islam,

“gadaikanlah tulang-belulangku sesudah terpisah jasad dan rohku,

daku relakan seandainya tubuhku ini menjadi tukaran dirham.”

 

Dapatkah aku cari cinta seagung sehebat ini

biarpun dijanjikan seribu bidadari di syurga nanti?

 

Emil Azhar

3 comments Mei 12, 2008

Janji Tuhan

Janji Tuhan

pasti akan datang,

sampai masanya

pasti akan menjelang.

 

Tentang kekalahan

tersirat kemenangan,

tentang kesusahan

terlindung kesenangan,

tentang kekalutan

terpateri kedamaian.

 

Darah yang gugur di medan ini

tidak akan terhenti,

merahnya masih subur di hati;

di sisi-Nya, abadi.

 

Emil Azhar

Add comment Mei 12, 2008

Kalimah Pertama

Bisikkan kalimah itu ke telingaku

agar dapat aku mendengarnya.

 

Bisikkan kalimah sakti itu

agar dapat aku menghayatinya.

 

Dengarkan panggilan ini

dari bibirku

kulafazkan ke pendengaranmu.

 

“Ayah!”

 

Aku mengerti kini

betapa

kasihmu

murni.

 

Buat Shafiq Irfan

10 Mei 2008.

Add comment Mei 10, 2008

Si Kunang-kunang

Si Kunang-kunang

Kelip-kelip terlepas lari,

bertempiaran pergi tak tentu talanya,

dikata intan disangkal baiduri,

andai baiduri tunjukkan kilaunya.

 

Kelip-kelip basah sayap,

berteduh sebentar di pohon ara,

sudah puas aku meratap,

menunggu bulan jatuh ke riba.

 

Kelip-kelip indah nian,

wangi lagi cempaka sari,

bila dikenang hati tertawan,

rindu ditanggung tidak terperi.

 

Kelip-kelip cerah bersakti,

pancaran jingga menghias laman,

sedang aur masih bertali,

mengapa dibilang bintang di awan?

 

Kelip-kelip makhluk misteri,

bertandang ke rumah disangka jembalang,

cinta yang kudus pada Illahi,

sayang manusia tetap kan pulang.

1 comment Mei 2, 2008

Dalam Limpahan Cahaya

DALAM LIMPAHAN CAHAYA
Tidak terpadam, sebuah kisah daripada masa lalu
sejarah begitu payah melepaskan kita
namun hari-hari yang datang tetap melebarkan sayapnya
sayap burung layang-layang yang terbang bebas
segenggam impian yang pernah kita setujui bersama
hari itu matahari bersinar terang
suara ombak memukul batuan di tepi pantai
seakan memanggil-manggil hati untuk kembali
‘terbanglah pulang, seperti layang-layang itu
menerokai angkasa membiru yang permai.’
Suatu hari yang sejahtera itu sewaktu kita berlari-lari di tepian pantai
ada pelangi di dada langit
begitupun, kita sama-sama memahami,
apa sahaja alamat baik atau buruk yang kelihatan hadir
bukanlah bermakna akan menjadi satu realiti
kerana kebenaran tidak berkibar di bawah petanda
tetapi bercambah di sini – dalam hati yang memberi.
Pada hari ini apabila sejarah menghambat kita
agar termenung meratapi nasib
kita berbisik sesama kita, ‘sesuatu yang telah berlalu tetap berlalu’
dan di hadapan ada jalan yang terbentang di sebalik bayang matahari
dan Tuhan menjadi saksi
bahawa dalam hati ini ada semangat yang tumbuh
‘berjuang, berjuang.’
Antara sebuah perjalanan ke hadapan dan hasrat untuk pulang
langkah berderap dan harapan terlihat
pada cermin masa serta peristiwa
kita berdiri dan berjanji dan bermimpi
dan berdoa
untuk kebebasan seperti burung layang-layang yang meluncuri awanan
untuk keamanan seperti hari itu yang dilimpahi cahaya matahari hangat
untuk perjuangan ke sebuah dunia yang lebih luas
untuk diri kita, untuk semua yang kita pertahankan.
Untuk esok
yang tiada petanda.

Rifhan Rasuli.

Add comment Mei 1, 2008

Awan Yang Terpilu – Ning Baizura

Kerana cinta
Aku kembara
Bagai camar melintas laut
Mencari pohon untuk berteduh

Kerana cinta
Aku kembara
Ikut lagu
Bisikan hati
Mendamba kasih paling setia

(Korus)
Sepasang sayap tak terlihat
Umpama mimpi yang tersimpan
Jadi rintik
Rintik hujan
Menciptakan awan yang terpilu

Puisi ini tercipta lantas
Tak kesampaian
Hajat meronakan
Gelora rindu ku kepadamu

(Korus)
Sepasang sayap tak terlihat
Umpama mimpi yang tersimpan
Jadi rintik
Rintik hujan
Menciptakan awan yang terpilu

Ingin sekali
Aku ungkapi
Isyarat jiwa dengan sempurna
Biar kau mengerti
Biar kau sedari
Perasaanku yang memujamu

(Korus)
Sepasang sayap tak terlihat
Umpama mimpi yang tersimpan
Jadi rintik
Rintik hujan
Menciptakan awan yang terpilu

Jadi rintik
Rintik hujan
Menciptakan
Awan yang terpilu…

Add comment Mei 1, 2008

Erti Hidup – Dayang Nurfaizah


Angin kau membawa bahteraku kemana mahumu…

Dikamar daku sering bertanya
Mana tempatku di dunia
Tepuk dada tanyalah selera

Jika daku ingin berjasa
Memberikan hidupku makna
Tepuk dada tanyalah selera

(Korus)
Inginku(kiniku) mengenali
Erti hidup yang diberi
Dunia jadi saksi
Liku-likukan ku harungi oh…

Tidak lagi kan aku disitu
Menyaksikan kehidupan berlalu
Kan ku kerah darah keringatku

Tiba waktu aku tiada
Tidak akan daku sesali
Daku hidup caraku sendiri

Angin kan ku bawa bahteraku
Kemana majuku
Kini ku berani mengemudi
Kemana ku pergi

Bagai guruh bergegar bumi
Aku tetap teguh berdiri
Penuh pengorbanan yang sejati

Add comment Mei 1, 2008

Di Bawah Lembayung Ini

Kita berbumbungkan langit yang sama

menghirup udara serupa

walau berpijak di bumi berbeza

(rumput di bumi ini malar saja,

segar hijau nyata!)

Add comment Mei 1, 2008

Pages

Categories

Links

Meta

Calendar

Mei 2008
I S R K J S A
« Apr   Jun »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

Posts by Month

Posts by Category