Archive for Mac 22nd, 2008




Leteran Bonda

Leteran bonda (Untuk kakakku yang kerap dileteri ibu)

Leteran bonda

berzapin lagi;

waktu berlaga tudung periuk

“Anak dara kalau selalu menyanyi di dapur

nanti bersuami lelaki tua.”

zahirnya panas gunung berapi

batinnya sedingin salji.

Leteran bonda

berdikir lagi;

tika menanak nasi

“Yang kau masak ini lembik

apa kau mahu buat bubur?”

di bawah telapak kakinya

diamnya syurga

setitis air matanya

menempah neraka.

Leteran bonda

bergamelan lagi;

masa juadah menampan deria

“Jangan bergalang senduk periuk

kelak rezeki tak mahu masuk”

tandanya sayang

bukan tanda benci.

Tiada cinta

sesuci

sedalam

setulus

semulus

kasihnya bonda

pada anaknya.

“Kalau sudah galak mahu berlaki

berhenti saja dari mengaji.” 

Leteran bonda

sering saja

mendodoi inang rinduku,

sesayup-sayup titian

kejauhan ini

bergema

“leteran bonda!”.

Add comment Mac 22, 2008

Pages

Categories

Links

Meta

Calendar

Mac 2008
I S R K J S A
« Feb   Apr »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  

Posts by Month

Posts by Category