Archive for Mac 14th, 2008




Sanggul Kenangan

ibu

ligat

menumis di dapur

keringat menitis di dahi

gambaran

tulen

kasihnya.

ayah

membanting tulang empat kerat

mencari rezeki

buat membeli beras

setibanya kepulanganku nanti.

kakak

merenung ke luar

melihat kanak-kanak bermain

terkenang adik seorang

yang jauh di rantauan.

bagaimana seorang kanak-kanak

bertatih

terjatuh

dan terjatuh

bangun dan kembali

sambil menangis.

“Kakak

ibu marah

ayah marah

adik minta duit

untuk beli basikal

aiskrim tumpah di jalanan

disapu debu;

dilumuri pasir.”

“Ayah tiada duit

kita orang susah

bukan orang senang

seperti yang lain.”

abang

menanti

kedatangan

ahli keluarga baru

tangisan

bakal bergema lagi

memenuhi segenap rumah

kali ini

berbaur kegembiraan.

dia

budak ini

bakal bertatih lagi

dan mengenal erti kesengsaraan.

Dari

jerih

perih,

rintih,

pedih,

penderitaan

dia akan membina kehidupan

seperti telah kami lalui

sewaktu epilog lama

kisah silam

yang kini termuat dalam

album

sanggul

kenangan.

Add comment Mac 14, 2008

Sha Na Na by Amy Mastura

Sha Na Na

“Why Is That?”

“Why Is That?”

Please don’t ask me.

“Where to go?”

“Where it’s held?”

It makes no difference.

My heart filled with joy;

glittering like sunshine.

This weekend

is just meant for joy.

C/O Let’s get rid

out of prejudice (hesitation), grief and sorrow

together, we sing the song

‘Sha Na Na’

Tomorrow is the working day

so today

we meet

with whom

that we love the most.

Escape from all grief and sorrow

Let us enjoy 

with the song of

‘Sha Na Na’

Na na na na na na na na na na na

She (he) who  I love the most… Ouch…!

Add comment Mac 14, 2008

Tanah Serendah Sekebun Bunga

Tanah Serendah Sekebun Bunga

barangkali bonda Saadong menangis
sambil sumbing tersenyum
terkenangkan ayahanda Abdullah
yang ditusuk cucuk sanggul
bukan adinda tidak sayang,
namun apakan daya kekanda curang.

kalau bonda Wan Kembang masih ada
barangkali diutus seratus kijang emas
ke seluruh ceruk kampung dan kota
petanda restu dan doa
daulat untuk rakyat dari istana.

aku yang jauh
menyatukan hangat air mata dan dingin salji
dalam sujud sarat syukur melimpah rindu

tanah serendah sekebun bunga,
aku yang jauh diamuk cinta
mau lekas didakapmu
mengucup hamparanmu.

adibah abdullah
pasca keputusan Pilihanraya Umum ke-12
8 Mac 2008

Add comment Mac 14, 2008

Lost BUT NOT found

LOST BUT NOT FOUND

Puisi

1. Bicara Taman (2004)

*2. Unknown 1 (2006)

3. 31 Swallows (2002)

Cerpen

1. Safiah (2001)

*2. Unknown 2 (2004) untuk Pertandingan Menulis Cerpen Angkasa Peringkat Nasional 2004 DBP-Planetarium Negara

Searching…

1. Mawar Kasturi

2. Antologi Puisi Indera Episod 1

#3. Antologi Puisi Indera Episod 2

In The Making…

1. Cerpen ‘Hadiah Dari Langit’ / ‘A Gift From Heaven’ untuk Sayembara Cerpen GKLN 2008

Siap & telah dihantar

2. Remake cerpen ‘Safiah’

3. Alih bahasa puisi ‘Butterflies’ Voice’

4. Esei ‘Ill in The Blackwater Lightship By Colm Toibin’

5. Presentation ‘Family & Community’

6. Pantun Kelip-kelip

*Lupa judulnya

#Tidak pasti kewujudannya

Add comment Mac 14, 2008

Puji

Setelah mendapat pujian yang menggunung tinggi dari rakan-rakan yang tidak senegara untuk puisi We Believe In Something / Kita Percaya Sesuatu, aku mendapat pujian pula dari saudara Fahd Razy untuk puisi Syurga Merpati Putih yang juga tersiar di dalam edisi Gema Mukminin yang terbaru. Begitu memeranjatkan!

 Dalam kelekaan berYM dengan saudara Fahd Razy, terkeluar pula kisah lama tentang cerpen pertamaku berjudul ‘Safiah‘. Bagiku, salah satu keistimewaan cerpen ‘Safiah‘ ialah lirik ‘Ulik Mayang’ yang terkandung dalamnya. Kenapa? Sebabnya, cerpen ini masih mengekalkan warisan dan khazanah budaya menerusi lirik lagu tersebut. Malangnya, cerpen tersebut telah hilang dalam simpananku. Perbualan aku sejenak bersama beliau telah membangkitkan semangatku untuk menulis kembali cerpen tersebut dengan sentuhan baru… hmm…

Oh, ya! Malam ini aku bakal ke Dublin untuk bertemu dengan teman-teman lama. Wah, tidak tergambar rasanya.

Keberangkatan aku ke Dublin ini juga membawa visi yang lain. Ku mencari bahan sejenak… =)

Add comment Mac 14, 2008

Pages

Categories

Links

Meta

Calendar

Mac 2008
I S R K J S A
« Feb   Apr »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  

Posts by Month

Posts by Category