Tinggal Lagi Transkripsi
Mac 11, 2008
emilputra
…Tinggal Lagi Transkripsi
Sebuah lagi transkripsi tersisih dari persisiran Sungai Pahang
Terpahat prasasti 1957
Musim sesudah teduhan lembayung tengkujuh
Larut 1511 semalam.
Letaknya hanya alas tempat basuhan kaki
Segar air basuhan daki
Lumpur-lumpur lintah seberang
Kikisan manusia balar
Yang menjunjung mahkota Sultan Mahmud Syah
Pelarian dari Melaka
Tetamu tak diundang
Hinggap di takhta
Datang tak berjemput
Mudik tak berhujung
Diam tak berpulang
Telah ratusan tahun
Ditimang ombak Laut China Selatan
Terpacaklah tukun itu menjadi batu nisan
di muzium-muzium
tanpa kuburannya.
Tiap titipan aksara
Tiada siapa yang dapat memahaminya
Kerana batu ini hanya sempadan penanda
Manifestasi perskripsi agung
Karangan temenggung
Bukanlah sesiapa…
Panggillah archaeologist di serata dunia
adakan persidangan forum
adakan press conference
adakan galeri pameran interpretasi appresiasi
situ sini sana
kalau sudah tidak ada tangkai setia
usah dikaluti usah diributi
pasir-pasir yang kian terkakis
dari lapis-lapis kasar
tunggul tidak bernama
lambat-laun akan luput pasti
kerana kesetiaan itu denyutnya.
Mungkinkah ukiran penanda ini
Telah tertakdir sebagai sekadar manuskrip
Tidak bernyawa
Rebutan pencinta antik
tanpa nokhtah?
Bakalkah mengukir sehalus rasa
Di benak
Di minda
Penggali khazanah warisan bangsa?
Jangan lagi biar ia tinggal transkripsi
Kerana tanpanya
Nadi tak dapat lagi bernyanyi
Seperti selalunya…
Dr. Khairul,
Tahun-tahun sesudah merdeka
3.00-4.40 p.m.
8 Ogos 2006.
Entry Filed under: Antologi Puisi Indera Episod 2
Leave a Comment
Some HTML allowed:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <pre> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>
Trackback this post | Subscribe to comments via RSS Feed