Archive for Mac 7th, 2008




Al-Fatihah

kelmarin aku membaca puisi untuk majlis memperingati mayat-mayat yang digunakan untuk subjek anatomy. sajak tersebut aku tulis sendiri dalam bahasa inggeris dan menariknya, ramai di kalangan mat-mat salleh yang menyatakan kekaguman tehadap kualiti sajak tersebut. Salah seorang rakan yang berketurunan irish menyangka sajak tersebut dialih bahasa dari bahasa melayu ke bahasa inggeris. beliau berasa hairan kerana sajak tersebut masih mengekalkan nada puisinya. aku terpaksa menjelaskan kepadanya bahawa sajak tersebut sebenarnya ditulis dalam bahasa inggeris pada asalnya, kemudian dialihbahasakan ke bahasa melayu. beliau bertambah takjub, dan mengndaikan betapa baiknya jika beliau juga memiliki kemahiran dwibahasa.

sajak tersebut boleh didapati dalam blog ini dalam kategori puisi – terdapat dalam dwibahasa iaitu WE BELIEVE IN SOMETHING/KITA PERCAYA SESUATU.

namun, bukanlah sajak ini yang menarik perhatianku tetapi kemahiran beliau menafsirkan doa dalam bahasa Hebrew ke bahasa Inggeris dengan jelas dan yakin. aku bertanya kepadanya adakah dia mengahafal doa tersebut. dia menjawab ya. kemudian, aku terfikir, berapa ramiakah antara kita yang mengaku muslim menghafal ataupun memahami surah al-fatihah?

sekadar renungan, berikut adalah makna surah al-fatihah dalam dwibahasa:

1. Dengan nama Allah, yang Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang.

 In the name of Allah, the Beneficent, the Merciful.

2. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.

 Praise be to Allah, Lord of the Worlds.

3. Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang.

 The Beneficent, the Merciful.

4. Yang Menguasai Hari Pembalasan

 Owner of the Day of Judgement.

5. Hanya Engkaulah yang kami sembah;

Thee (alone) we worship;

dan hanya kepada Engkaulah kami memohon pertolongan

 thee (alone) we ask for help.

6. Tunjukkanlah kami jalan yang lurus

 Show us the straight path.

7. (Iaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka;

The path of those whom Thou has favoured;

bukan (jalan) mereka yang dimurkai

not (the path) of those who earn Thine anger

dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.

nor of those who go astray.

Add comment Mac 7, 2008

Pages

Categories

Links

Meta

Calendar

Mac 2008
I S R K J S A
« Feb   Apr »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  

Posts by Month

Posts by Category