Archive for Mac 1st, 2008




Kelmarin

Kelmarin  

Kelmarin

kita bertemu,

Bagai terbayang riang tawamu

dan senyumanmu 

dalam rangkulanku

senantiasa. 

Semalam

kita bergurau senda,

Bagai masih basah redupan matamu

dalam renunganku

selalu. 

Hari ini

kita berpisah

walau kasih masih bersemi

di musim dingin

yang tidak bersalji. 

Emil Putra,

28 November 2007,

Galway, Ireland.

Add comment Mac 1, 2008

Syurga Merpati Putih

Syurga Merpati Putih 

Di sini merpati mematuk gandum;

gugur dari rangkaian kasih,

tuaian budi,

keluhuran hati. 

Di sini merpati

mengirai-iraikan sayapnya;

lencun waktu bersiram di kolam jernih embun pagi,

meraikan salji

lewat turun

lembah ini. 

Di sini merpati terbang girang,

meniti balada mentari.

Kerdipan jalur menyisip di celahan pawana

menggetarkan sanubari,

menaungi lembayungan-Nya. 

Di sini merpati membina istana;

Kembang kelopak dandelion

mengharumi,

meliliti gerbangnya. 

Bercicip,

berkicau,

berciak,

bersenandung irama gerak tari lemah gemalai sukma,

penuh pesona

nyanyiannya. 

“Jika tiada sengketa

dunia menjadi syurga

teduhan kita bersama.” 

“Jika tiada sengketa

dunia menjadi syurga

teduhan kita bersama.” 

Emil Azhar,

Galway,

 Ireland,

4 Februari 2008. 

Add comment Mac 1, 2008

Kelkatu

Kelkatu 

Kelkatu yang rapuh

di atas permaidani utuh

dan persimpangan yang bersimpang-siur

 

Sekali lampu menyala

kelkatu terburu ke mari

Sekali lampu terpadam

kelkatu pun rebah

lalu mati

(disambar api!)

 Emil AzharDUNARASNUI Galway, Ireland.8 November 2007 Ciaran~dalam kenangan… 6 November 2007

Add comment Mac 1, 2008

We Believe In Something / Kita Percaya Sesuatu

We Believe In Something(for the memorial mass, 2008) 

We believe in some space;

A valley that is full of flowers,

for us    to plant

to smell

to touch

the purity of life.

We believe in some time;

For love that heals grief,

for smiles that wipes tears,

and for a sweetness that represents our dreams.

We believe in some world;

Which we could gather together

and recite the prayer

to one God

in our manner.

 With sincerity,Khairul Abu Bakar,26 February 2008.

Kita Percaya Sesuatu

(untuk Majlis Memperingati Mereka Yang Telah Pergi, 2008)

Kita percaya pada suatu persada;

Lembah penuh bunga,

untuk kita menanam,

                   menyentuh,

                   menghidu

kejernihan hidup.

Kita percaya pada suatu masa;

untuk cinta yang mengubat kedukaan,

untuk senyuman yang menyapu tangisan

dan untuk secebis kemanisan yang mencerminkan impian.

Kita percaya pada suatu dunia;

Tempat kita berhimpun bersama

dan memanjatkan munajat

pada Tuhan Yang Esa

menurut cara kita.

Dengan ketulusan hati,

Khairul Abu Bakar,

26 Februari 2008.

Add comment Mac 1, 2008

manusia yang tidak mempunyai perasaan

Pernah aku berpendapat… untuk berjaya, setiap manusia tidak harus memiliki perasaan (kecuali perasaan untuk berjaya). I’ve found this proposal is actually true, but it’s not idealistic at all!

Komen yang paling buruk dan paling teruk yang pernah aku terima fasal diri aku ialah dari Mr. Z. (Mr. Z ialah bekas pelajar MRSM taiping dan KMB. Kalau aku sebut nama dia, pasti semua orang kenal). Mr. Z berpendapat bahawa aku tidak mempunyai perasaan. (Tidak mempunyai perasaan dalam erti kata aku tidak akan berasa marah mahupun sakit hati dengan kata-kata dan perlakuan orang lain).

Aku tidak marah. It wasn’t bad after all. Tapi, aku rasa pendapat itu terlalu kebudak-budakan. Childish! Tak sepatutnya ada seorang pun dalam dunia ini yang berpendapat ada sesetengah orang tidak mempunyai perasaan. Kita manusia PASTI ada perasaan – ingin dihormati, dihargai, dan disayangi oleh orang lain. (Alangkah baiknya jika semua orang memahami kita – tapi mustahil begitu!). Setiap orang juga ada keinginan untuk berjaya walaupun definisi kejayaan berbeza bagi setiap individu. RAMAI ORANG PANDAI (DAN CUKUP BAGUS) TAPI TAK SEDAR MEREKA PANDAI (DAN CUKUP BAGUS). BAIK UNTUK MEREKA MERENDAH DIRI TAPI TAK BAIK UNTUK MEREKA SEKIRANYA … MEREKA TAK SEDAR POTENSI DIRI MEREKA. Jadi, dari mana datangnya istilah ‘manusia tidak mempunyai perasaan’? Cuma sesetengah orang tidak tahu cara untuk meluahkan perasaan mereka, bukan bermakna mereka tidak berperasaan ataupun tidak pernah terasa hati ataupun tidak pernah tersinggung dengan orang lain!

Tapi sebenarnya, aku rasa Mr. Z taklah teruk sangat… Aku berasa dia lucu (ataupun dia melucukan?). Dalam keadaan aku marah dengan dia, sempat lagi dia buat lawak. O.k. lah! Tapi, inilah hakikat yang aku terpaksa tempuhi, hingga di Ireland. Aku rasa ada saja kenalan-kenalan aku yang berpendapat bahawa aku tidak mempunyai perasaan. Hmmm…

BEING IGNORANT? AKU DAH JADI ORANG YANG SELFISH KE?

Sebenarnya aku orang lelaki. Tak naklah tunjuk aku ni sensitif sangat. Lelaki perlu sensitif, tapi tidaklah terlalu sensitif. Baik untuk lelaki bersifat sensitif tapi tidaklah terlalu sensitif.

Baik jika orang berpendapat kita tidak berperasaan, jika itu boleh membuatkan orang lain bersikap jujur dan terbuka dengan kita tapi tidak baik sekiranya itu ‘membenarkan’ orang lain melakukan sesuka hati terhadap kita ataupun lebih teruk lagi ‘membenarkan’ mereka mengambil kesempatan terhadap diri kita.

Mungkin ini kualiti dan keunikan yang ada pada diri aku. Mungkin juga ini kelemahan aku – bila orang sangka aku tidak berperasaan?

ADAKAH AKU NI TERLALU NAIF?

Mungkin aku perlu marah dan merajuk sekali sekala. Tapi, buat apalah aku nak merajuk dan marah dengan orang yang memang tak sayang dengan aku?

Add comment Mac 1, 2008

Dinding, Pintu & Tingkap

Dinding;

Ketuk;

Semakin kuat diketuk,

semakin galak berbunyi;

Isinya kosong

tidak berpenghuni.

Pintu;

Hempas;

Tendang;

Sepak;

Sesuka hati;

Kian kerap dihempas,

kian sunyi;

Terkunci mati,

tidak berperasaan.

Tingkap;

Telangkup,

Melihat keluar,

menelanjangi dunia

terperuk

dipeluk jendela.

Dalam bilik yang sempit ini;

Kelihatannya sempit

bertambah sempit

dengan kehadiran

pintu, dinding & tingkap

yang tidak bercakap.

Dinding;

Pintu;

Tingkap;

buta,

bisu,

lumpuh,

tuli…

…adakalanya lebih baik

(seribu kali)

lebih baik,

tidak menyakitkan hati

seperti manusia

yang bercakap.

DUNARAS,

Galway,

Ireland.

1/3/08.

Add comment Mac 1, 2008

tidur vs lagu

tidur vs lagu. yang mana lebih buruk ataupun teruk?

jawapannya, bagi aku sama saja. dua-dua pun.

 tidur selepas solat subuh dan bangun menjelang tengah hari, inilah masalah utamaku, tidak terkecuali pada hari-hari biasa, apatah lagi pada hujung-hujung minggu.

lagu. minggu ni sahaja aku sudah membeli 5 cd lagu - WHITNEY HOUSTON THE UTIMATE COLLECTION, MARIAH CAREY THE GREATEST HITS, WESTLIFE UNBREAKABLE THE GREATEST HITS VOLUME 1, CELINE DION A DECADE OF SONG & BOYZONE BY REQUEST.

itupun aku masih mempertimbangkan untuk membeli kompilasi album BACKSTREET BOYS, TAKE THAT NEVER FORGET, & N SYNC.

percaya atau tidak, itulah hakikatnya. dalam seharian hidup kita, musuh utama diri kita ialah diri kita sendiri. hal yang demikian disebabkan oleh sikap kita. sedarkah kita bahawasanya sikap adalah faktor utama terhadap kejayaan berbanding dengan kebijaksanaan?

apabila anda berada di tahap siswa universiti seperti saya, anda akan mulai sedar, bahawa anda sebenarnya sedang bersaing dengan sendiri dan bukannya dengan orang lain. kalah atau menang, itu banyak bergantung kepada diri kita sendiri. setiap hari, kita mengharap untuk menjadi lebih baik berbanding semalam walaupun hakikatnya kita tidak berusaha banyak untuk menjadi yang terbaik. kita sebenarnya setiap detik sedang menolak diri kita ke suatu tahap yang lebih tinggi walaupun diri kita masih belum sampai ke tahap itu.

aku juga masih mengharapkan yang terbaik padahal sikap aku langsung tidak menunjukkan bahawa aku adalah yang terbaik…

Add comment Mac 1, 2008

Pages

Categories

Links

Meta

Calendar

Mac 2008
I S R K J S A
« Feb   Apr »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  

Posts by Month

Posts by Category